30 Januari 2012

Tempayan Emas

 Baba Tohir sedang memberi kuliah. Kali ini ilmu AlQuran dan ilmu Hadith. Dalam suasana yang serba kekurangan, para penutut begitu khusyuk mendengar dan membuat catatan peribadi apa yang mereka fahami.
Baba adalah guru dari Selatan Thailand, yang pernah menjadi penuntut di Pondok Patani. Berbekalkan ilmu yang diperolehi, kini ilmu tersebut di sebar luaskan di Pondok Munajiyah, Gua Musang, Kelantan.
Para penuntut ilmu ini, terdiri dari warga negara kita dari pelbagai lapisan usia masyarakat seramai 80 orang sedang bertungkus lumus memahami apa yang tersirat dan tersurat disebalik ilmu yang disampaikan Baba.

Para penuntut ini bukannya belajar di dalam bilik syarahan yang berhawa dingin yang lengkap dengan meja/kerusi yang tersusun rapi dan whiteboard yang baik. Sebaliknya, masjid yang baru 70% siapdibina sejak 3 tahun lepas, digunakan sepenuhnya bagi melahirkan bakal pewaris ilmu nabi, yang bakal menjadi pendakwah kitab-kitab tua di serata pelusuk tanahair yang suatu hari nanti, insyallah.
Dimulai dengan mengorbankan diri untuk belajar, memerah akal fikiran untuk memahami dan kemudian memohon taufiq dari Allah untuk meladani; bukanlah suatu ikhtiar yang senang. Redha Allah dan redha Rasullullah serta barakah guru dapat memudahkan sesuatu yang sukar. Itulah yang diharapkan para penuntut siang dan malam ini

Kasih sayang dari masyarakat, suatu hari nanti, membolehkan segala ilmu yang dipelajari dapat dicurahkan kembali ke tempayan emas yang telah lama kontang di telaga akal fikiran masyarakat.

Sebuah kisah tempayan emas yang melambangkan kesolehan dua lelaki yang ketika menghadapai suatu keadaan, keduanya lalu pergi menemui seorang yang berilmu agar memutuskan perkara yang sedang mereka hadapi. Peristiwa ini terjadi sebelum kelahiran Nabi kita Muhammad SAW.

Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda (yang ertinya):

Ada seorang lelaki membeli sebidang tanah dari seseorang. Yang ternyata di dalam tanah yang dia beli tersebut itu terdapat sebuah tempayan emas. Lalu berkatalah orang yang membeli tanah itu kepada penjual tanah tersebut:

Ambillah emasmu, sebenarnya aku hanya membeli tanah darimu, bukan membeli emas.”

Si pemilik tanah berkata kepadanya: “bahawasanya saya menjual tanah kepadamu beserta isinya.”

Oleh kerana masing-masing dari mereka tidak ada yang mahu mengaku tempayan emas tersebut, maka akhirnya keduanya pun menemui seseorang untuk menjadi hakim atas masalah yang mereka hadapi.

Kemudian berkatalah orang yang diangkat menjadi hakim tersebut: “Apakah kamu berdua mempunyai anak?”

Salah satu dari mereka berkata: “Na’am, Saya ada seorang anak lelaki.”

Yang lain berkata: “Saya ada seorang anak perempuan.”

Lalu Sang hakim berkata: “Nikahkanlah mereka berdua dan berilah mereka belanja dari harta ini serta bersedekahlah kalian berdua.”

Kedua lelaki itu menjauh dari harta tersebut sampai akhirnya mereka datang kepada seseorang untuk menjadi hakim yang memutuskan perkara mereka berdua. Menurut sebagian ulama, zahirnya lelaki itu bukanlah hakim, tapi mereka berdua memintanya memutuskan persoalan di antara mereka.

Adapun kesalahfahaman si penjual, bahawa dia menjual tanah dan apa yang ada di dalamnya, sehingga emas itu bukan miliknya. Sementara si pembeli beralasan, bahawa dia hanya membeli tanah, bukan emas.

Moral kisah ini adalah apakah tempayan emas kita sepadan dengan kezuhudan kita terhadap harta ‘yang bukan milik kita’? Bagaimana untuk menukarkan sesuatu yang sudah berada ditangan kita supaya menjadi milik kekal kita di akhriat kelak?

Jawapannya tidak lain ialah mengorban harta tersebut kejalan fisabillilah iaitu mendermakan untuk para penuntut disini yang berjihad menuntut ilmu agar dapat dicurahkan kembali kepada masyarakat. Pengorbanan harta dari orang yang ingin menuntut keredaan Allah adalah umpama dua orang lelaki yang disebutkan didalam kisah diatas.

Sehubungan dengan itu, jika ada tuan/puan adik/kakak yang tua mahupun yang muda, ingin menyumbang kearah jalan fisabillilah, sila salurkan sumbangan ikhlas ke


Akhir kata, ada tiga golongan manusia dalam berinfaq :

1- Orang yang berinfaq kerana riyak ( ingin dilihat dan menunjuk kepada orang) dan sum'ah ( ingin didengar bahawa ia seorang dermawan ), maka diakhirat kelak dia tidak akan mendapat pahala dan keuntungan, bahkan dia termasuk orang yang pertama dimasukkan kedalam neraka ..Nauzubillah..

2- Orang berinfaq kerana malu, maka dia akan memperolehi ganjaran dan pahala ..sikap ini menjadi kebiasaan kebanyakan orang 

3- Orang yang berinfaq kerana sebuah misi, kerana niat dan keikhlasan, maka golongan ini adalah golongan yang akan memperolehi pahala dan yang betul-betul menjadi hamba Allah.

Jangan lupa dalam rezeki yang Allah SWT anugerahkan kepada kita ada sebahagiannya yang perlu kita infaqkan ..Insha Allah.. SAMA-SAMA KITA BERINFAQ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan