Fast

Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia [STAM]


Keputusan untuk Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia [STAM] telah pun keluar pada 26/01/2012 bersamaan hari Khamis. Calon-calon yang telah mengambil peperiksaan STAM pada tahun 2011 yang lepas, pastinya telah hilang debaran. Tekanan kini sudah beralih kepada lanjutan pengajian di peringkat tinggi.




Suka, duka atau selamba...itu semua sudah pun berlalu. Sekarang sudah sampai pula peringkat tak boleh tidur lena, memikirkan institusi mana pula yang hendak di letakkan jejak kaki seterusnya.




Mengenai keputusan STAM, dari 8,499 orang calon, sejumlah 3,782 calon dari Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 2,569 calon Sekolah Menengah Agama Negeri dan 649 calon Sekolah Agama Rakyat. Tambahan 1,462 calon persendirian dan 37 calon sekolah menengah swasta yang telah menduduki STAM menerima keputusan masing-masing melalui pos atau mereka juga boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan keputusan masing-masing.




Mengenai prestasi mata pelajaran, enam mata pelajaran iaitu Fiqh, Balaghah, Hadith dan Mustolah, Insya' dan Mutala'ah, Tafsir dan Ulumuhu serta 'Arudh dan Qafiyah mencatatkan peningkatan calon lulus (Mumtaz hingga Maqbul) lebih tinggi berbanding 2010.



Selain itu, katanya, empat mata pelajaran lagi mencatatkan penurunan peratusan kelulusan calon iaitu Hifz al-Quran dan Tajwid, Nahu dan Sarf, Adab dan Nusus serta Tauhid dan Mantiq.





Bagi yang merancang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang agama, mempunyai 3 pilihan tempat pengajian ... al Azhar, Moroco dan Arab Saudi. Pada kebiasaannya seramai 600 pelajar yang memohon untuk ke al Azhar.




Mulai tahun 2011, al Azhar telah menetapkan, mana-mana pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti ini WAJIB melalui Pusat Pengajian Asasi Al Azhar di Malaysia. Ada pelajar yang akan menghabiskan masa paling tinggi 10 bulan bermula September. Saringan pelajar akan dibuat selepas ujian diambil. Setelah berjaya dalam saringan, para pelajar akan diuruskan oleh pihak ini bagi urusan melanjutkan pelajaran ke peringat pengajian tinggi.




Saringan yang dijalankan adalah untuk menguji tahap penguasan pelajar dalam bahasa arab. Bahasa Arab berkait rapat dengan Nahu dan Sorof.




Di sini, pihak pondok ada menjalankan pengajian sepenuh masa sementara menunggu bulan September. Disamping itu para pelajar akan di isikan juga dengan ilmu yang berkaitan melalui tarbiah pondok.




Pengajian yang ditawarkan di pondok pengajian ini adalah


+ Ilmu Usuluddin
+ Ilmu Tajweed
+ Ilmu Al Quran
+ Ilmu Al Hadis
+ Ilmu Nahu
+ Ilmu Sorof
+ Ilmu Feqah
+ Ilmu Tasauf




Pendaftaran kemasukan pelajar baru kini dibuka umum. Pihak pengurusan sedia menerima kemasukan pelajar-pelajar yang berminat.




Cepat jangan buang masa. Tempat terhad. Pihak pondok masih memerlukan sedikit dana bagi membina bangunan yang belum siap. Lebih banyak pondok yang dapat didirikan, insyallah lebih ramai pelajar kita yang cepat dapat melanjutkan pelajaran ke al Azhar dan dapat lebih cepat menghabiskan masa muda bagi tujuan pekerjaan.


.
.
.
.
.Insyallah, 
.Ameen